Tuesday, 9 February 2016

GABUNGAN MTSR LANUN



05/FEB/2016 - news MTSR 

Pada hari jumaat tanggal 5 bulan februari Pasukan Lanun telah bergabung dengan pasukan MTSR untuk bermain melawan pasukan Futsal dari Batu7 sandakan. perlawanan persahabatan itu berkesudahan dengan Gabungan MTSR LANUN 25 gol berbalas 6 gol dari pasukan Futsal Batu 7. Walaupun Pasukan Batu 7 sandakan mempunyai keper terbaik piala penjara daripada Pasukan DragonBall yang ditaja oleh MILA tetapi tidak menghalang bagi pemain - pemain LANUN dan MTSR untuk membuat jaringan demi jaringan sehinggakan pada malam itu boleh dikatakan pasukan gabungan ini meraih keseronokkan dengan berpesta gol. Keseluruhannnya 11 jaringan dihasilkan oleh pemain MTSR dan 14 jaringan dihasilkan oleh pemain LANUN yang didominasikan oleh pemain utama mereka bergelar "TAWAU". Tidak kurang hebatnya ketua pasukan LANUN FT iaitu penjaga gol (WEERA) kerana berjaya menepis segala serangan yang dilancarkan oleh pasukan Futsal Batu 7 dengan hanya bolos 6 gol sahaja. Berikut adalah pemain - pemain kelab MTSR yang menyumbang kan gol pada perlawanan persahabatan ini.

Penjaring Kelab MTSR

1. BOY - 4 GOL
2. IZZ - 3 GOL
3. KOO - 2 GOL
4. DAN - 2 GOL

Melalui perlawanan persahabatan ini team gabungan MTSR LANUN telah menjalinkan hubungan persaudaraan dengan eratnya. Usaha ini bukan sahaja dapat bertukar - tukar ilmu dan pendapat dalam permainan malah usaha ini adalah baik untuk meningkatkan dan memperluaskan pengaruh MTSR di negeri Sabah yang tercinta.

TULISAN: (GTi_2016)


2 comments:

  1. tahnia team MTSR & LANUN..wahh boleh kirim salam sama itu nama 'tawau' ka? 😃😃, tawau @ nunq & din (dalam gambar) congrats..MTSR BOLEH ,LANUN BOLEH... GO GO GO GOALLLL

    ReplyDelete
  2. ada news baru ka match mtsr lanun last night? juara kan.. horreyyy

    ReplyDelete